About Us

ACMA PEST CONTROL yang ditubuhkan pada 24 Dec 2003, dengan hak milik syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra. Syarikat ini ditubuhkan khusus untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan dalam bidang perkhidmatan kawalan makhluk perosak.

MATLAMAT penubuhan syarikat ini adalah untuk merebut peluang yang diberikan kepada bumiputra dalam bidang perniagaan seterusnya meningkatkan penglibatan bumiputra sejajar dengan dasar dan hasrat kerajaan.

Pada peringkat awal, penubuhan syarikat ini yang berpengalaman luas dalam bidang kawalan makhluk perosak telah pun mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua peringkat lapisan yang terdiri daripada syarikat-syarikat persendirian, kotraktor-kontraktor pembinaan, dan orang-orang awam, dimana segala jenis dan bentuk kerja telah dilakukan dengan baik dan mendatangkan kesan yang memberi kepuasan dan kehendak semua pelanggan.

Pihak syarikat amat menitik beratkan tentang aspek-aspek keselamatan, dimana segala bentuk kerja dan penggunaan racun makhluk perosak adalah mengikut garis-garis panduan yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia (LRMP) dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Oleh itu, pihak syarikat mengambil kira tentang keadaan persekitaran dan kesesuaian bagi menjamin keselamatan orang awam, pekerja dan makhluk bukan sasaran disamping memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar kesan dari penggunaan racun makhluk perosak yang betul.

Sesungguhnya syarikat ini pasti akan menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya sekiranya diberi peluang untuk membuktikan bahawa syarikat bumiputra juga mampu berdaya saing dalam bidang perniagaan.

Senarai Lesen yang dimilik ACMA Pest Control: